Sabtu, 14 September 2013

SUDAH TIBA MASANYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melayari blog kami. Jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Tajuk di atas sengaja saya tulis begitu untuk memberi peringatan terutamanya pada diri sendiri yang sering tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan hidup hingga saat ini. Masa yang lepas tak dapat diambil kembali.Apa yang penting sekarang adalah kembali menyedari bahawa hidup ini jangan disia-siakan dan mesti dimanfaatkan sebaik mungkin demi mencari keredhaan Allah.

Sebelum saya memanjangkan bicara, terlebih dahulu saya minta ampun dan maaf atas segala salah silap saya dalam usaha berkongsi peluang bisnes yang sangat bermanfaat ini.

Seboleh mungkin saya ingin meringkaskan bicara kali ini. Mungkin ada yang bertanya kenapa perlu meneruskan bisnes mygoldenduck. Jawapannya ada dalam setiap penulisan dalam blog ini dan saya sarankan yang melayari blog ini bacalah dengan penuh perhatian. Dalam kesempata kali ini saya hanya ingin menyentuh kenapa kita masih belum mencapai kejayaan.

Setelah bermuhasabah dan menilai semula perjalanan bisnes. akhirnya saya akur bahawa berjayanya seseorang itu adalah terletak kepada diri sendiri. Apa yang kita ada dan persekitaran kita hanyalah alat untuk proses kejayaan kita. Jika kita mahu berjaya, kitalah yang bertanggungjawab penuh untuk memastikan ianya berlaku. Dalam bahasa mudah jika fikir saya boleh, saya mesti  melakukan semua syarat untuk kejayaan menjadi kenyataan kerana berjaya melaksanakan setiap syarat kejayaan, itulah kejayaan, insyaAllah.

Akhir kata untuk kali ini ialah SUDAH TIBA MASANYA untuk tidak lagi membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya mencapai setiap hajat yang diredhaiNya, Wallahualam.

Yang benar

Mos sahid Sahudi

0138411358

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.